Duit

Ramai yang gagal di dalam usaha mencari duit di internet ialah kerana kesilapan mereka memilih program yang betul.

Kesilapan yang paling utama ialah tidak mengkaji atau menyiasat terlebih dahulu sesuatu program cari duit yang ditawarkan.

Sebelum anda sertai mana-mana program pastikan anda siasat dahulu dari mana datangnya sumber duit yang dijanjikan.

Jika program tersebut menjanjikan pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan, siasat dahulu bagaimana duit tersebut dihasilkan.

Lakukan analisa sebegini:

Katakan jika program tersebut menjanjikan anda mendapat pulangan RM50,000 dalam masa 30 hari dengan hanya membayar RM100 sebagai yuran penyertaan.

30 hari= RM50,000 untuk anda seorang

Jika 10 orang sertai maknanya RM500,000 dijanjikan dalam masa 30 hari

Jika 100 orang sertai maknanya RM5 Juta dijanjikan dalam masa 30 hari

Tanya diri anda sendiri...logik ke?

Nak cari duit di internet bukan semudah ABC, bukan automatik. Anda harus fikir bahawa anda nak cari duit dan pastinya duit itu datang dari orang lain.Bukan mudah hendak membuat orang lain beri kita duit.

Pelajari ilmu yang betul iaitu ilmu yang diguna pakai oleh mereka-mereka yang berjaya seperti Irfan Khairi,Ewen Chia dan lain-lain.